Monday, November 21, 2011

Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011




21 / 11 / 2011


Final match Indonesia vs. Malaysia Sukan Sea 2011 yang di adakan di ' Stadium Gelora Bung karno ' Jakarta ( ak suka nama stadium ny ne..nice!)

Alhamdulillah..Malaysia akhirnya menjadi Juara dengan kemenangan yang diperoleh dari sepakan Penalti selepas Malaysia dan Indonesia mempunyai Mata Seri 1 -1.
Jaringan kemenangan di berikan oleh Kapten Pasukan Malaysia. Baddrol Bakhtiar

(Malaysia) 4-3 (Indonesia)

jom kita tinjau2 sedikit info tentang perlawanan final semalam...
(still fresh in my mind..yuhuuu)





DUPP..DAPP..DUPPP..DAPP (bunyi jantungku )
inilah antara detik-detik kemenangan yang mencemaskan dan mengujakan !!!










Malaysia Hero


Penjaga Gol yang hebat, our Fahmi Che Mat a.k.a Apek ^^




Jurulatih Malaysia

Antara tunggak kemenangan Malaysia yang gigih melatih dan membawa pasukan kita ke arah kejayaan, thumbs up to Ong Kim Swee ^^



Indonesia Players

Titus Bonai (sory klu salah spell) hehe

Bikin takut dan cemas juga dgn pemain ne, selalu saja serang gawang gol Malaysia, tangkas dan unpredictable..




Diego Jersi 24 ^^

ok..pemain ini mencuri tumpuan ku..hoho, he's quite cute and dangerous too! balik2 kasi jatuh pemain kita..adeiii..tapi biasalah adat permainan..






Apapun Malaysia telah menang..Alhamdulillah.... ^^
Jadikan ini sebagai kenangan terindah dan haruslah sentiasa dipertahankan..
yala..biarlah menang selalu kan..hee
Tp yg penting jalinan serumpun antara Indonesia dan Malaysia haruslah dikekalkan agar persahabatan 2 Negara tetap terjalin.
InsyaAllah...aminn :)



'miszteety cakap' :-






WE ARE THE WINNER !!! YIPPPYYY...RAWRRRRRR !!!!

Yesss..berbaloi juga aku berjaga malam , lewat tido, bangun lewat pagi ini, hilang suara sebab menjadi antara penyokong malaysia (the only) yg paling fanatik di dalam rumah dan menyebabkan gangguan kepada jiran-jiran saya (maaf..saya mmmg ada penyakit emosi klu watch apapun, tamil ka, hindustan ka, kartun ka..haha).
I'm so happy :)

Thursday, November 17, 2011

Surabaya Ku rindu!

Yup, i do miss this place so damn much! huhu..its almost 5 years since my last visit.
so, mo crita sikitlh tentang tempat ini. Actually, ini kampung asal my ibu, 'Surabaya' Indonesia. yes i'm javanese tp tiada kena mengena dgn dian sastro atau rangga tp agnes monica mungkin lah (pls believe my lie) haha :D

bha, ada apa dengan surabaya? lets check it out bebeh!


Sejarah Kota Surabaya

Surabaya, ibukota provinsi Jawa Timur dan bandar kedua terbesar di Indonesia. Terletak di muara Sungai Brantas, bandar ini secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1293 ketika raden Wijaya mendirikan Majapahit, kerajaan Indonesia yang paling mulia di lokasi pertempuran legendaris antara yu (Sura) dan buaya (baya).

"Suro" (ikan yu) dan "Boyo" (buaya), dari dua nama itulah nama kota Surabaya berasal.
Lagenda Ikan yu dan buaya yang bertarung di Kali Mas Surabaya ini begitu melekat dan berarti bagi warga asli Surabaya. So, thats why la namany 'SURABAYA' (baru tahu jg, thanks google) hee :)

Inilah ikon bagi surabaya yang terletak di depan Kebun Binatang Surabaya (Zoo) :D




Plaza Tunjungan Surabaya (Mall)

-aku suka ke sini karna bisa shopping! yehaa...





Taman Safari Surabaya

- nah, kalo ini mcm zoo tp taman safari, erm..amcm tue? aku pun yg menaip bingung, haha..
- ive been here and its fun, kita guna kereta dn masuk dlm zon2 haiwan nie..tingkap kenalah tutup klu x mau di sambar singa! Ngauuumm..last tym aku pergi aritu, ak beranikn diri kasi keluar oreo bagi mkn itu unta, haha ..sya sangat bangga karna keberanian itu! :P







- anak buah aku Taka Zarif dan Syarifah Hanan (wow so cool letak burung kakak tua tu di bahu..kalah aunty! :D ) huhu



Cipura Water Park Surabaya

- nah, ini tempat baru di surabaya yg aku belum pernah pergi, otosan cakap (my uncle seems like a father to me). Its fun here, mandi2, and its near from their house! wauw..bole la ne 3x sehari pegi sana! haha :D





Tretes Malang Surabaya
- Inilah tempat kelahiran ibunda. Bilangnya ibu, tempat ini cuacanya sejuk dn nyaman sb terletak d pergunungan JATIM. Tapi, ak x pernah lg sampai sini sb last visit aritu x sempat dtg cne, quite far from bandar, beberapa jam jugalah masa perjalanan by car or bus




GIANT BAKSO ^^ hoho (surabaya only)
- aduu..befikir aku mau order, bole ka habiskn? :P



- Smoga semuany bjln dgn lancar dn bisa jalan2 ke sini lagi, amin ^^ -

Sunday, November 13, 2011

What Makes You Happy ?




happy = Laugh. Well, its a common things coz i'm never see whos will cry when they are ' happy ' (ammendment) hoho. Erm..If got 1, thats strange..and we will call it ' sot sudah kesian :D ' lol~

Ok, what will make us happy? Sometimes a little tinny things can make us smile -> laugh -> Happy!

For me, I will be happy when...

(to be continued..blurr attack! :P )

* the traffic light turns green. go go go...
* spend 2 hours etc watching some movie and ended with a happy ending.
* wake up in the morning and its sunday or holiday!
* meet an old friend or relatives
* eat cheese, chocolate or mayonaise coz its my fav!
* got his text,call or knowing he stalk on my fb or blog! hoho :P

got lots more..to be continued..again.. :D hehe

Tuesday, November 8, 2011

Sincerely from my little heart..



I wish he knew..

he is the best that i ever had.

i'm very grateful for this moment.

accept him just the way he are.

Pray & believe for his success & happiness.

love him more than he ever know.

'yes, he's the thief who stole my heart. I wish he will be punish to be mine forever.' :)

Thursday, September 22, 2011

Wednesday, September 21, 2011

MENU - Simple Blackforest Chocolate Cake



Inilah rupa kek nya (ala2) :D

ok..lets start, 1..2..3..

Apa saja bahan yang diperlukan?


I - Coklat (Cadbury Blackforest awesome!)
II - Mentega (1 gelas kecil)
III - Serbuk Koko (setengah gelas kecil)
IV - Soda / Serbuk penaik (sedikit saja)
V - Esen Vanilla (perisa vanilla)
VI - Tepung gandum (jangan lupa tepung mesti di ayak dahulu - 1 gelas kecil)
VII - Gula (cuma perlu sedikit saja sebab coklat kan dah ada)


VIII - Telur ayam (4 biji)



Cara Kukus?

macam ni lah caranya, kalau tiada periuk seperti di atas, gunakan kreativiti anda sendiri, ala..gunakan saja barangan yang ada di dapur seperti :
ambil kuali, letak air dalam dan ambil satu tungku/tapak, letak loyang kek di atas dan tutup. senang nya, lalala~ (api dalam mode kecil saja).

Bagaimana caranya?

Senang..senang...senang...lalala~

3 simple step saja :

1stly - mentega + gula dipukul, lalu masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang . pada masa yang sama boleh cairkan coklat dan asingkan.

2ndly - serbuk koko + tepung gandum + gula + soda & esen vanilla digaul bersama dengan adunan tadi.

3rdly - tuang adunan ke dalam loyang dan kukus. Apabila kek setengah masak, tuangkan coklat cair tadi (separuh). Apabila sudah masak, tuangkan sisa coklat tadi ke atas nya. siap!

nyumm2..kek simple yang semua pun boleh buat. :D

miszteety cakap -> kek coklat nie sedap di makan panas2, memang terasa coklat nya yang masih cair, ditambah dengan sapuan coklat di luar dan buah2 coklat cadbury blackforest. OMG, dsyorkn kpd semua 'choco addict' (as me) hehe..

Monday, September 19, 2011

Miszteety - Kinabalu Challenge 2011








Assalamualaikum...

Entri sebelum nie saya share info tentang Gunung Kinabalu..
so,kali nie pula nak share pengalaman saya & kawan2 dalam ekspidisi mendaki G.Kinabalu 2011.

Coretan Ekspidisi G.Kinabalu 2011 :

Awal pagi lagi kami semua sudah berkumpul, bersedia untuk mendaki, beberapa hari sebelumnya sudah sibuk menyediakan kelengkapan untuk mendaki.

Erm..apa saja kelengkapan yang diperlukan?

1st of all - 'COKLAT', yala..sebagai bekalan utama tenaga saya (alasan semata-mata untuk yang bergelar ' chocolate addict' :P )
pilihan utama -> coklat ' Snickers '
Why? coz thats my fav, hehe..

then - Baju sejuk, Rain coat, Ubat-ubatan (minyak kapak,yoko2 & panadol), Glove,Socks, Topeng Muka & Kasut yang sesuai.
Bawalah baju tambahan yang cukup,di sini memang sejuk sekaliiii.. Grrrrrrr :(
kalau tak packing dengan betul,habis semua basah! apalah nasib? (saya & kawan2 antara mangsanya)

Perjalanan memang jauh & memenatkan..ditambah hujan masa itu, sangatlah menguji stamina diri ini yg tak seberapa, thanx to my j, help me a lots! :) thumbs up for him.

Bila nak sampai nie? huhu..

sekitar jam 5 pm,
kami baru sampai di 'Laban Rata/Gunting Lagadan', penginapan & restaurant
di tengah G.Kinabalu, di sinilah para pendaki akan bermalam semalaman & berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Kinabalu pada waktu Subuh nanti (2am).

HuHuHaHa :

- sebab pakaian termasuklh socks2 suma basah, terpaksalh gunakan pelbagai cara untuk keringkan pakaian yang ada, untuk bertahan malam itu dan gunakan keesokan harinya. peram socks bawah bantal (style itik),gantung baju di lampu,torchlight letak dalam socks dengan harapan haba dari lampu akan sejat & keringkan socks (aku pun tak tahu boleh ada idea gini, boleh pakai @ tak pun aku tak tahu. haha ), heater pula rosak waktu ini..aduhh..

- makan panadol 4 biji hari tu (nasib baik aku tak overdoss!) tapi masih juga aku demam, huhu..

- suhu sangat sejuk,aku suka buat ala2 di oversea, keluarkan asap dari mulut, haha..sempat perasan berada di korea sekejap..lalala~
siap record lagi..

-cubalah jaga makan anda, terutamanya elakkan makan telur, sebab nya, faham2lah..bila di tempat sejuk ini & ada yg melepas gas beracun --> punya kick! haha

- beberapa kali melompat terkejut sebab tetiba saja ada Mr.katak muncul, entah dari mana sajalah mereka itu, 2x juga la aku kena. :D

- panorama sewaktu berada di G.Kinabalu sangat menakjubkan, begitu agung kebesaran-Nya & begitu indah ciptaan-nya, terasa diri begitu kerdil..

Finally,
pengalaman ini akan ku kenang sepanjang hayat. Begitu indah utk di gambarkan. begitu banyak kenangan yang tercipta (ala-ala kenangan terindah-samson)
so, yang belum pernah, trylh! dijamin mg best plus kaki anda akan sakit amat sangat selepas turun gunung, jalan ala2 ketam lah jawabnya.
hehe :)

INFO- Gunung Kinabalu Sabah







Assalamualaikum..

kali nie mo share info sikit tentang 'Gunung kinabalu', mungkin ada yang sudah tahu, yang sikit2 tahu atau yang lngsung tak tahu. (adakah?)

Gunung Kinabalu
Lokasi: Sabah. (Ranau-Kundasang, sekitar 2 jam perjalanan dari Kota kinabalu).
Ketinggian:4,095 meter dari aras laut
Deskripsi: Puncak tertinggi di Malaysia.
Gunung ke-5 tertinggi Asia tenggara.

Bagaimana terbentuknya Gunung Kinabalu?


Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar.
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.

Lagenda Gunung Kinabalu:


Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.

Pesanan kepada para pendaki :

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya.

Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.
Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial.

Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolam harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun.

Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak,tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

p/s: belumlah boleh jadi warga sabah sejati kalau belum pernah naik Gunung Kinabalu.

Sunday, September 18, 2011

Miszteety - Raya~ Raya~ Raya~













Assalamualaikum..

Mungkin masih x t'lambat utk sya ucapkn selamat menyambut raya aidil fitri..maaf zahir batin (skema ucapan raya).

Saya suka raya! ya..walau usia tlh btambah2 tp raya ttp raya, disanalh kegembiraan dn suasana keramat di pagi subuh mendengar takbir raya, amat dinantikan. hari inilah juga kesempatan untk mengeratkn ikatan silaturahim dn bermaaf-maafan.

plus, 'duit raya'..hehe, tp sedih tahun ne, 'income raya' sya kurang, alasan : ''kamu dah kerja & besar" .. Erm..betul jg la, tp jujur, sya masih berharap dapat duit raya dlm 'angpow'. hahaha..ini bkn soal brapa @ siapa? singgit pn xpala,tua dah pun masi boleh sbnrnya,yg penting ati berbunga2 raya nie bila dapat duit raya. (motifny post cem ni,sya mahu dberikn lesen dpt duit raya sya kembali,hehe)

moto raya tahun nie: 'beraya sampai muntah'. kenapa? sb perut ne non-stop! refill saja, 10 rumah, 10x la mkn jwbnya..xtaw mana mo simpan, inilah namanya rezeki raya, alhamdulillah..nsb bek saya masi mantain slim! (motif?) haha :D

Miszteety - Wassup Fella!



Assalamualaikum...

I'm just an ordinary girl. :)
love being myself & lets just be ourself.
love my Creator & those who loves me.
life is too short to be wasted for tears.
live as there is no tomorrow.
InsyaAllah...